ALLAH AKAN PIMPIN ORANG YANG TELAH MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID KEJALAN YANG LURUS (IAITU AKAN MENJADI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK ATAU BERPEGANG DENGAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU MAKRIFATULLAH
Apakah yang dimaksudkan dengan jalan yang lurus?
Jalan yang lurus ialah yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik atau tetap berpegang dengan pegangan atau iktiqad tauhid (makrifatullah)
Firman Allah
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA"
Untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid (makrifatullah), atau yang dibersihkan daripada sebarang syirik, Allah telah memperjelaskan di dalam Al-Quran dengan berbagai jalan dan cara yang boleh dilakukan sendiri oleh setiap individu
Firman Allah tentang Jalan untuk mengenal Tuhanmu
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?
Nabi Musa menyeru kepada Firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"
Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu
Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)
Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
Lagi firman Allah di dalam
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Di dalam firman ini Allah telah menegaskan walaupun Allah telah menerangkan tentang berbagai jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid supaya manusia beringat, serta melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid sepertimana yang telah Allah terangkan di dalam Al-Quran,
Di dalam ayat ini Allah juga telah menegaskan walaupun Allah telah menerangkan dengan berbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid, penerangan dengan berbagai jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid di dalam Al-Quran telah menjadikan kebanyakan manusia bertambah liar..
Sebenarnya kenapa setelah Allah menerangkan dengan berbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid di dalam Al-Quran boleh menjadikan kebanyakan manusia menjadi semakin atau bertambah liar?
Walaupun Allah telah menerangkan berbagai jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid, penerangan yang telah diterangkan ini telah menyebabkan kebanyakan manusia menjadi semakin liar kerana kebanyakan manusia tidak akan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid seperti yang telah Allah memperjelaskan.
Ini telah ditegaskan penerangannya oleh Allah di dalam firman Allah di dalam surah dan ayat yang lain semasa menerangkan salah satu daripada berbagai jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid..
Firman Allah yang mengukuhkan lagi penerangan walaupun Allah telah menerangkan tentang berbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid di dalam Al-Quran tetapi kebanyakan manusia tidak melakukan ialah firman Allah
Penegasan daripada Allah dalam ayat tersebut diterangkan oleh penulis sebagai penegasan bahawa hanya sedikit yang benar-benar mengamalkan nasihat pengajaran yang diberikan.
Orang yang tidak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid, apa yang mereka memperkatakan tentang tauhid adalah merupakan sangka-sangkaan mereka sahaja, ini akan berlaku sepertimana firman Allah di dalam
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.
Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad)
Untuk membuktikan bahawa apa yang telah diperkatakan tentang tauhid bukan merupakan sangkaan berdasarkan kepada ilmu yang telah diketahui seseorang itu mesti menunjuk atau menerangkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid yang telah DILAKUKAN sendiri... jika tidak dapat memperjelaskan tentang jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid yang telah dilakukan sendiri, apa yang telah diperkatakan tentang pegangan atau iktiqad tauhid adalah termasuk ke dalam perkara dusta..
Apa yang diperkatakan tentang tauhid, tanpa melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid adalah termasuk di dalam perkara dusta telah ditegaskan sepertimana di dalam firman Allah
Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami.
"Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".
Katakanlah (wahai Muhammad: "Kalau kamu sudah tidak ada sesuatu bukti) maka Allah mempunyai bukti yang tegas nyata. Oleh itu, jika Ia menghendaki tentulah Ia akan memberi hidayah petunjuk kepada kamu semuanya".
Cuba kita kembali kepada firman Allah
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
ALLAH SENDIRI TELAH MENCABAR KEPADA MEREKA YANG SEDANG BERADA DI DALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA "Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata" -
JIKA BENAR KAMU TIDAK BERADA DI DALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA TUNJUK DAN BUKTIKANLAH BAHAWA KAMU TIDAK BERADA DI DALAM BERSANGKA-SANGKA ITU"
APA YANG BERKAITAN IKTIQAD TAUHID ATAU YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK ATAU TENTANG MAKRIFATULLAH, JIKA KAMU TIDAK DAPAT TUNJUKKAN BAGAIMANA JALAN DAN CARA YANG KAMU TELAH LALUI SENDIRI SEHINGGA KAMU TELAH PUN BERADA DI DALAM KEADAAN IKTIQAD TAUHID SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SEPERTI DI ATAS MAKA ALLAH JUGA DENGAN KERAS MENYATAKAN
"dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta"
Sebaliknya kepada sesiapa sahaja yang telah melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid sepertimana yang telah dikehendaki oleh Allah
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
Allah akan pimpin mereka ke jalan yang lurus
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.
Seseorang yang memperkatakan tentang tauhid tetapi ia tidak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid ia sedang berada di dalam keadaan sedang memperkatakan sesuatu yang mereka sendiri tidak melakukannya.
Keadaan ini telah diberikan amaran keras oleh Allah seperti di dalam firmanNya pada
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
MEREKA PULA MENYANGKA MEREKA ADALAH ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".
Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar, atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya), dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?
Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka), maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka.
Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.
Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.
Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.
JANGAN MENGANGGAP, JANGAN DIINGAT, JANGAN DISANGKA, JANGAN DIPERKATAKAN TENTANG ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG DIPELAJARI DARI SESAMA MAKHLUK SEBAGAI PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID KITA TANPA MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID
JANGAN ADA DI ANTARA KITA YANG MENGANGGAP ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG DIPELAJARI DARI SESAMA MAKHLUK SEBAGAI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID KERANA ITU ILMU YANG DIKETAHUI BUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID YANG TELAH DILAKUKAN...
LAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID SEPERTIMANA YANG TELAH ALLAH MEMPERJELASKAN DI DALAM AL-QURAN SEHINGGA MENDAPAT HIDAYAH PETUNJUK DAN PIMPINAN DARI ALLAH.
APA YANG DIDAPATI DARI YANG DIPIMPIN OLEH ALLAH HASIL DARIPADA SESEORANG ITU MELAKUKAN SENDIRI SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH,
INILAH SEBENAR-BENAR ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG TIDAK AKAN TERTERANGKAN DI DALAM APA CARA SEKALIPUN...
TERANGKANLAH DENGAN APA CARA DAN BENTUK SEKALIPUN, TIDAK AKAN ADA SEORANG YANG AKAN DAPAT MEMAHAMI SEPERTIMANA YANG TELAH DIPIMPIN DAN SEPERTI YANG TELAH DIBERIKAN HIDAYAH PETUNJUK OLEH ALLAH..
TUGAS KITA SEMUA IALAH MELAKUKAN SENDIRI SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH SUPAYA DIANUGERAHKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN TERSEBUT
Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan sudah pasti Allah tidak akan mungkir janji
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
PERSOALAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH ALLAH DI DALAM FIRMANNYA
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"